Friday, June 25, 2010

SEKITAR FAYYOUM - RINGKAS

FAYYOUM

Bandar Fayyoum dikenali oleh masyarakat Greek sebagai Crocodilepolis kerana penduduknya pada zaman lampau menyembah dewa buaya, Sobek. Sejak zaman firaun, ia masyhur dengan tasiknya yang luas serta kaya dengan sumber ikan dan burung. Hingga kini, provinsi ini masih merupakan kawasan perikanan utama dan sumber perlancongan terkemuka.


AINUL SYILIN

Ainul Syilin adalah air mata air yang mengalirkan air mineral. Ia suci dari kandungan beracun dan campuran kotoran yang membahayakan diri peminumnya. Air mata air ini telah di kawasan taman dan kebun mangga di Fayyoum.


TASIK QARUN

Kawasan tasik ini pada asalnya adalah kawasan mahligai Qarun, seorang billionaire di zaman Nabi Musa. Beliau dan segala hartanya telah ditenggelamkan oleh Allah Taala akibat daripada tidak mensyukuri nikmat dan enggan membayar zakat sehingga menjadi tasik. Tasik ini pada zaman dahulu sangat luas, namun begitu kini kian surut dan mengecil. Ia dinamakan Payom, yang bermaksud ‘laut’. Darinya kawasan rendah dan provinsi ini mendapat nama.


KEBUN ANGGUR FAYYOUM



KINCIR AIR NABI YUSOF : FAYYOUM

KINCIR AIR

Kincir air ini pada asalnya digunakan untuk tujuan pengairan kawasan pertanian. Bagaimanapun setelah berkembangnya teknologi moden dalam bidang pengairan, ia tidak lagi digunakan. Kincir air ini kemudian dipindahkan ke bandar Fayyoum untuk dijadikan sebagai salah satu kesan sejarah Fayyoum dan ia masih lagi berfungsi dengan baik.




ISTANA QORUN

No comments:

Post a Comment